Buku Tasrif Digital yang ditunggu-tunggu
Buku yang memberi panduan lengkap untuk memahami kaedah tasrif yang betul dan mudah seterusnya dapat kuasainya dengan penuh keyakinan.
Faham tasrif dan mahir tasrif semudah A B C.
Dengan memahami prinsip perubahan yang berlaku ke atas semua kata kerja yang ada sembilan jenis pada ketiga-tiga sighah; pembaca akan dapat menggunakannya dengan cara yang betul sama ada secara lisan atau secara bertulis, serta mampu memahami maksud sesuatu ayat dengan lebih tepat.
Buku penting ini ditulis dan disusunatur oleh Ustazah Lili Ibrahim yang mempunyai pengalaman yang sangat lama sebagai pensyarah Bahasa Arab di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pengalaman mengajar selama lebih 22 tahun membantu penulis untuk berkongsi kaedah mudah bagi menguasai tajuk yang penting ini. Ilmu ini sangat perlu untuk dikuasai supaya kemahiran menulis dan bertutur dalam Bahasa Arab menjadi lebih lancar, dan santai.
Jika anda pelajar Bahasa Arab di sekolah atau pelajar Bahasa Arab di IPT,
dan anda nak menulis dalam Bahasa Arab, atau nak bentang kerja kursus dalam Bahasa Arab, atau nak berkomunikasi dalam Bahasa Arab…
Anda wajib miliki buku ini.
Dapatkan naskhah pertama sekarang dengan harga istimewa sempena Ramadān yang mulia.