Saya Sakinah atau lebih dikenali sebagai mK. Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar Shopee Seller Coaching (SSC) sejak 2017.
Saya menulis e-buku ini dengan bayangan bahawa anda mempunyai kefahaman asas tentang konsep periklanan di Shopee, yang dikenali sebagai Shopee Ads. Jika anda tiada asas tentang Shopee Ads, sila ke pautan https://myads.shopee.com.my/ untuk rujukan asas terlebih dahulu.
Di sini, saya ringkaskan pengetahuan dan pengalaman mengajar topik Shopee Ads di SSC sejak 2017 untuk memudahkan anda menguasai teknik yang betul bagi membina iklan kata kunci di Shopee (Keywords Ads).
Hingga saat ini, saya masih berpegang pada kepercayaan bahawa Keywords Ads ialah kaedah iklan terbaik yang ditawarkan oleh Shopee kepada para peniaga kerana bakal pembeli sudah berada di dalam “kolam panas”.
Dalam Keyword Ads, kata kunci memainkan peranan penting.
Kata kunci ialah apa-apa sahaja yang ditaip oleh pelanggan untuk mencari sesuatu produk; sama ada berupa nama barang, nama jenama, masalah yang berkaitan, penyelesaian sesuatu masalah atau lain-lain lagi.
Untuk itu, anda mestilah benar-benar tahu kata kunci yang berkaitan dengan produk anda.
Ebook Teknik Bina Kata Kunci mengandungi 5+1 Teknik yang boleh digunapakai untuk anda membina kata kunci yang relevan dan sesuai dengan iklan anda.
Tak perlu lagi terpedaya dengan kata kunci cadangan Shopee yang kebanyakannya tidak kena-mengena malahan agak aneh apabila dibaca.
Ebuku harga mampu milik ini boleh mendatangkan hasil berlipat kali ganda jika anda KONSISTEN membuat ads dengan ilmu.
"Memang terbaik panduan keyword ads ni! Dulu sewaktu baru menjual di Shopee, saya agak kedekut dan tak yakin nak buat ads; macam susah je nak bina keyword. Rupanya apabila dah belajar & aplikasikan ilmu yang betul, hasil sangat memberangsangkan. Order hari2 masuk. Trafik kedai pun cantik. Dari seorang kedekut dan tak yakin nak buat ads, sekarang memang langsung tak pernah stop ads, terutamanya keyword ads. Kemahiran membina keyword sangat penting supaya iklan yang dibuat berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Berbaloi dapatkan ilmu tentang nak bina keyword ads ini " - Salina Sabri, 34 tahun , Melaka.
[Bukan nama sebenar]
Lebih 100 idea kata kunci untuk anda jadikan panduan.
............................
PDF E-buku akan dihantar terus ke email anda bersama password.
Buy Now